Putrajaya: Seramai 28 jasad warga Malaysia sudah dikenalpasti membabitkan 14 Islam dan 14 bukan Islam.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, jumlah sebenar mayat untuk dibawa pulang akan diberitahu esok.
"Selaku Penyelaras Jawatankuasa Koordinasi Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17 saya memaklumkan semua persiapan rapi sudah dibuat untuk majlis istiadat penghormatan pada 22 Ogos ini bagi menyambut ketibaan jenazah.
"Rakyat Malaysia juga diminta jayakan moment of silent sebaik saja jenazah dimasukkan dalam kenderaan jenazah antara 10.30 pagi hingga 11.30 pagi hari tersebut," katanya pada sidang media selepas taklimat kepada editor kanan berhubung persiapan istiadat penghormatan jenazah tragedi MH17 di Kementerian Pertahanan, sebentar tadi.

Beliau berkata, pada 22 Ogos ini juga sempena Hari Berkabung Malaysia di seluruh negara, Jalur Gemilang dikibar separuh tiang manakala rakyat Malaysia berbilang kaum digalakkan berpakaian gelap.
1 Komentar untuk "28 Jasad Warga Malaysia Sudah Dikenalpasti"
Innalillah..