Powered by Blogger.

Kumpulan Militan Negara Islam Berundur




Baghdad: Tentera Kurdis yang mendapat sokongan jet pejuang Amerika Syarikat (AS) berjaya mengundurkan kumpulan militan Negara Islam (IS) dari kawasan sekitar empangan terbesar Iraq semalam.
Dalam pada itu, ketua kabilah Sunni dan pasukan keselamatan bertempur dengan kumpulan berkenaan di barat Baghdad. 
Tentera Kurdis mara ke empangan Mosul yang ditawan kumpulan (IS) seminggu lalu, namun kemaraan mereka terhalang dengan beberapa siri serangan bom. 

Empangan Sungai Tigris di utara bandar kedua terbesar di Iraq itu digunakan bagi menjana elektrik dan membekalkan air bagi tujuan pertanian di sebahagian besar wilayah itu.

Jika ditawan semula, ia kejayaan paling besar bagi pihak berkuasa Kurdis untuk menguasai semula kawasan yang dirampas IS sejak ia melancarkan serangan kilat mereka awal Jun lalu.

Pegawai Kurdis, Harim Kamal Agha berkata, bom dipasang IS ketika mereka berundur dari kawasan sekitar empangan berkenaan menjejaskan usaha menyerang kumpulan itu. 

Tentera AS melancarkan sembilan serangan udara kelmarin untuk membantu tentera Kurdis.

0 Komentar untuk "Kumpulan Militan Negara Islam Berundur"

Back To Top