Powered by Blogger.

Aliff Aziz Curi 2 Telefon Bimbit, Bakal Dipenjara




Aliff Aziz, penyanyi kelahiran Singapura, dikenakan denda $2,000 Jumaat yang lalu di atas kesalahan mencuri telefon bimbit. Jika gagal membayar denda tersebut, dia boleh dipenjarakan 20 hari.

Aliff, 23 tahun, didakwa mencuri dua telefon bimbit berjenama HTC one dan Samsung Note 1, yang setiap satu bernilai $800. Telefon itu dimiliki seorang individu bernama Yong Kit Siong. Aliff dikatakan mencuri telefon bimbit itu bersama seorang lagi lelaki bernama Muhammad Nurazlee Roslee pada atau sekitar 12.01 tengah malam pada 24 Mei lalu di kolong blok Blok 36 Tanglin Halt Road.


Bagi kesalahan mencuri, dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun, denda atau kedua-duanya sekali. Aliff didakwa di mahkamah buat kali pertama pada 16 Ogos lalu.

0 Komentar untuk "Aliff Aziz Curi 2 Telefon Bimbit, Bakal Dipenjara"

Back To Top