Powered by Blogger.

4,500 bayi ganti mujahid gugur






Malam-malam di Gaza nyata tidak sama seperti di Malaysia. Malam di Gaza sering dihiasi jeritan tangis kanak-kanak, bapa, ibu serta saudara yang kehilangan individu tersayang.
Gelap malam di Gaza ada sesekali disinari cahaya, namun kilaunya datang daripada pancaran cahaya roket, peluru dan letupan bom. Ini keadaan biasa bagi kami, tidur kami sering dimulai dengan syahadah kerana tidak pasti esok membuka mata atau membuka mata di dalam liang lahad bertemu Rabbul Jalil. 

Bumi ini terus menangis, meratapi kehilangan ribuan insan, anak kecil, bayi dan pejuang mujahidin yang gugur di medan pertempuran kerana mempertahankan perjuangan suci. 

Alhamdulillah, di sebalik kesedihan yang menyelimuti rakyat Gaza saban hari, Allah kirimkan hikmah-Nya terhadap apa yang terjadi. Selepas sebulan rejim Zionis mengganas di bumi Gaza, 4,500 kelahiran direkodkan.


KANAK-kanak yang terselamat dalam serangan tentera Israel duduk di atas runtuhan rumah mereka.

Angka itu saya petik daripada saluran media Arabs 21 News yang menyiarkan kenyataan Kementerian Kesihatan Palestin mengenai jumlah kelahiran berdasarkan senarai daftar bayi di negara itu.

0 Komentar untuk "4,500 bayi ganti mujahid gugur"

Back To Top