Powered by Blogger.

Pesta sukan bogel: Polis tunggu maklumat Interpol



Polis masih menunggu maklumat daripada Polis Antarabangsa (INTERPOL) berkenaan lapan peserta warga asing yang terbabit dalam pesta sukan bogel yang diadakan di Pantai Teluk Kampi, Taman Negara Pulau Pinang.
Timbalan Ketua Polis negeri Datuk A Thaiveegan berkata, buat masa ini mungkin terlalu awal untuk pihaknya memperoleh maklumat namun berharap ia akan dapat dalam tempoh terdekat. 



"Bagaimanapun kita harap maklumat semua peserta itu dapat diperoleh seberapa cepat yang mungkin bagi memudahkan proses siasatan. 

"Jika semua maklumat mereka diperoleh, kita akan mengadakan sidang media untuk memaklumkan perkembangan kes berkenaan," katanya ketika ditemui selepas pelancaran pemasangan pelekat Unit Rondaan Bermotosikal (URB) di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, hari ini.

0 Komentar untuk "Pesta sukan bogel: Polis tunggu maklumat Interpol"

Back To Top