Powered by Blogger.

TERKINI - Israel guna 2.5 juta peluru bedil Palestin





GAZA - PALESTIN. Sekurang-kurangnya 2.5 juta peluru dan puluhan ribu peluru getah digunakan oleh tentera Israel sepanjang serangan ke atas Genting Gaza.

Akhbar Yedioth Ahronoth memetik pegawai tentera sebagai berkata, sepanjang serangan tentera Israel dibekalkan dengan lebih 4,800 juta peluru, 43,000 peluru meriam dan 39,000 peluru getah.

"Sekurang-kurangnya 60 peratus daripada bekalan itu sudah digunakan. Kenderaan perisai Israel, kereta kebal, meriam yang menggunakan sekitar 11 juta liter bahan api diikuti jet pejuang menggunakan kira-kira 50 juta liter iaitu dua kali ganda jumlah yang pernah digunakan dalam pertempuran ketika 2012," katanya dipetik PIC

Menurutnya, jumlah berkenaan mencecah sekitar AS$100 juta dolar (RM3.2 bilion)

0 Komentar untuk "TERKINI - Israel guna 2.5 juta peluru bedil Palestin"

Back To Top