Kerajaan berharap apa juga perjanjian ditandatangani antara Russia dan Ukraine membawa manfaat kepada Malaysia dalam kes MH17.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein berkata kerajaan tidak mahu mencampuri urusan geopolitik negara terbabit tetapi hanya mahu mengetahui apa sahaja maklumat berkaitan tragedi.
Menurutnya, kerajaan hanya mahu mamasuki lokasi nahas, mencari dan membawa balik jenazah dalam keadaan selamat.
"Wakil daripada Kementerian Pertahanan dan Ketua Setiausaha Kementerian sudah berada di kawasan itu dan saya akan pergi esok untuk memastikan semuanya berjalan lancar," katanya pada sidang media pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Sembrong, di sini, hari ini.

0 Komentar untuk "LAGI MH17 - Hanya Mahu Bawa Balik Jasad"