Powered by Blogger.

‘Saya tak fikir Lin Dan’



Seolah-olah berdepan tekanan, Datuk Lee Chong Wei cuba mengelakkan diri apabila ditanya mengenai kehadiran musuh utamanya Lin Dan pada temasya Sukan Asia Incheon.
Chong Wei, 32, belum pernah memenangi pingat emas temasya terbesar Asia itu dengan hanya meraih perak di Guangzhou empat tahun lalu selepas tewas kepada Lin Dan selain gangsa di Doha 2006. 
Sambil menegaskan temasya itu tetap penting dalam kariernya sebagai pemain, Chong Wei tidak mahu terlalu memikirkan mengenai lawannya. 

“Memang Sukan Asia di sini amat penting kerana ini mungkin temasya terakhir dan saya tidak sabar untuk turun menjalani latihan.
Datuk Lee Chong Wei

“Tapi penting juga saya tidak terlalu memikirkan mengenai lawan di sini. Lebih baik saya menjaga diri sendiri dan memastikan berada pada tahap terbaik sebelum turun ke gelanggang,” jelasnya semalam.

0 Komentar untuk "‘Saya tak fikir Lin Dan’"

Back To Top