Tiga bekas pengawal keselamatan dibawa ke mahkamah, semalam.
Kamu bertiga bernasib baik kerana terlepas daripada hukuman mati apabila pihak pendakwaan meminda pertuduhan membunuh kepada menyebabkan kematian.
“Diharap hukuman diberikan dapat memberikan pengajaran kepada kamu semua dan insaf serta sentiasa ingat niat tidak menghalalkan cara,” kata Hakim Manira Mohd Noor di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.
Beliau berkata demikian dalam penghakimannya sebelum menjatuhkan hukuman penjara setahun enam bulan terhadap tiga bekas pengawal keselamatan atas tuduhan menyebabkan kematian seorang remaja lelaki yang dipercayai mencuri wang tabung di sebuah masjid di Pandan Indah, tahun lalu.
Mereka Mohd Aswenry Majon, 27, dan dua lagi warga Indonesia, Iweldo Putra, 20, dan Pondri Neriko, 21.
Mereka Mohd Aswenry Majon, 27, dan dua lagi warga Indonesia, Iweldo Putra, 20, dan Pondri Neriko, 21.
Mahkamah memerintahkan hukuman berjalan bermula dari tarikh mereka ditangkap.
0 Komentar untuk "TERKINI ... 3 Terselamat Tali Gantung"